BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, Mac 20, 2010

SISTEM BARTER DAN NILAI MATA WANG













Sebelum mata wang diperkenalkan, segala aktiviti perniagaan dilakukan dengan sistem barter atau sistem tukar barang. Sistem ini tidak adil kerana nilainya tidak sama. Selepas sistem barter, pedagang awal menggunakan kulit siput geweng dan gerus di negeri-negeri tanah melayu. Perkembangan ekonomi membawa kepada penggunaan mata wang logam daripada emas dan timah. Antara mata wang yang digunakan ialah kaleng, pitis, jokoh, kijang, dinar, kupang dan duit timah ayam jantan. Mata wang ini berat dan sukar dibawa. Setelah berlaku inovasi dalam urusan perniagaan, mata wang kertas dan syiling telah diperkenalkan. Mata wang ini ialah Ringgit Malaysia. Ringgit Malaysia mempunyai nilai yang tepat, senang dibawa, mudah diurus dan boleh digunakan dalam pertukaran mata wang asing.

0 ulasan: